Selasa, 28 Januari 2014

The Place : Ana Ikan Bakar Petai

Siti Nurfariha | 10:03 PTG | 0Comments |
Actually dah lama gila entry ni terpendam dekat draft, tak tergerak tangan ni nak menulisnya , sedihkan?! nampak tak kita ni pemalas menaip muehehe..

Okey! dah siap edit entry ni, and PUBLISH!
.
.
.


Ni antara tempat yang famous dekat bangi, bukan dekat bangi je serata dunia dah tau kot pasal kesedapan Ana Ikan Bakar Petai ni. First time kita makan sini masa bulan puasa 2012 dulu lama gila noi. Kalau korang datang bulan puasa make sure kena tempah awal-awal untuk booking sebab kalau lambat comferm kempunan lah nak makan dekat situ, kalau weekend pun selalu je penuh dekat sini padan dan mampat orang dekat Ana Ikan Bakar Petai

Harga dekat sini okey, tak mahal dan tak murah, okey lah! dan berbaloi lah! sebab ikan ikan dan makanan lain semua fresh fresh. Korang boleh pilih sendiri ikan/udang/sotong dan lain lain pilihan dengan citarasa masakan korang.

boleh pilih nak ikan/sotong/kerang/udang untuk hidangan makan korang


Ni antara menu yang kita makan hari tu
Udang butter prawn
*kita tak suka sangat masak ni, cepat muak*

sayur wajib ada! 

Kegemaran amir, udang goreng tepung

And the last ikan bakar petai
(tak ada apa special pun cuma campur petai je dekat perencah ikan ni, but not bad)


Opsss, gambar tomyam tak ada pulak, korang semua tau kan rasa dan bentuk tomyam macam mana?hehehe.

Untuk sesiapa nak terjah! googel maps alamat ni ok 
;-)


Lot 2991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi),  
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 
019-217 7668 ‎ 
Business Hour : 5:00 pm – 12:00 am

The Place : Pasar Malam Taman Melawati

Siti Nurfariha | 9:40 PTG | 0Comments |
Hai selamat malam semua ;-)

Hari ni rasanya nak update entry pasal makanan lah!, kita rasa nak adakan satu entry khas dekat blog ni yang berkaitan tempat makanan yang sedap dan murah!. Dengan tajuk entry 'THE PLACE' hehehe. Okey mulakan dengan entry pertama kita yang bertajuk 'The Place : Pasar Malam Taman Melawati' 

Sebut je pasal makanan semua orang suka! lagi lagi kalau makanan tu sedap mesti menjadi tumpuan ramai orang. Jom kita terjah pasar malam taman melawati *my febret pasar malam*. Untuk pengetahuan korang tapak pasar malam ni sama dengan tapak pasar tani. Pasar malam ni buka 3 minggu sekali hari selasa, khamis dan sabtu. Banyak makanan jual dekat sini, so banyak julag lah febret makanan pasar malam kita hehehe

Antaranya :
Murtabak ni memang sedap. Tebal dan sedap harganya RM 4 tak silap, kalau beli tak rugi! sebab sedap oiiiii

Salah satu febret kalau pergi pasar malam, 
Satenya sedap dah lah murah 40 sen  je satu cucuk.

Nasi lemak ni kegemaran amir, macam macam pilihan sambal ada 

Dan yang terakhir young tau foo, kuah dia memang sedap dan kena dengan tekak kita

*THUMBS UP*

Sudah namanya pasar malam. jadi, pelbagai barangan yang dijual dekat sini dari pakaian, perhiasan rumah, barangan dapur, barangan kering, barangan basah, dan sehinggalah ke variasi makanan yang pelbagai jenis dan aneka pilihan!

Untuk sesiapa nak singgah sini boleh googel maps :

Pasar Malam Taman Melawati
Lorong Perak Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

Khamis, 23 Januari 2014

Be Original !, Yeaaaa thank you sis

Siti Nurfariha | 9:21 PTG | 0Comments |
Pagi tadi cek email tup tup i got this email ;-)


Unexpected betul, baru join entry "Giveaway Birthday Azhafizah" dah dapat hadiah. Kan kita ada cakap sebelum ni dekat entry ni. Kalau korang join giveaway dia, korang akan dapat hadiah sama ada menang atau tak, ia di kira hadiah saguhati dan juga hargai setiap bloger yang join giveaway.

see? seronokkan!melonjak lonjak kita dapat calender 2014! terus jadikan desktop background, Setiap penyertaan giveaway ni,korang akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper yang unik dan cantik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali kan. semua 2 dalam 1

thank you sistar!
*lompat atas katil yeaaaaa!*





"Giveaway Birthday Azhafizah"

Siti Nurfariha | 12:23 PG | 6Comments |

Lets join "Giveaway Birthday Azhafizah". Untung kalau korang join giveaway dari blog http://www.azhafizah.com ni, sebabnya kalau tak menang pun korang akan dapat hadiah dari beliau. Best kan macam tu?!tak ada lah frust tertonggeng tonggeng kalau tak menang kikiki

Actually itu lah tarikan untuk blogger blogger follow blog kita, lagi pun blog azhafizah.com ni banyak info yang berguna di samping itu juga korang boleh tengok hasil kreatif dia! ;-), Dan hadiah untuk giveaway ni memang sangat sangat superb! walaupun bukan dalam bentuk duit tapi hadiah hadiah tu sangat syokkk oooo

Okey! macam mana nak join giveaway dia?! Korang kena ikut roll dekat bawah ye. 

1. Buat entry bertajuk "Giveaway Birthday Azhafizah"
2. Letakkan Banner giveaway di atas dan backlink ke entry ini
3. Follow Blog ini
4. Like fanpange

5. Follow Instagram Azhafizah [Jika ada account IG]
6. Publish dan tinggalkan details seperti berikut di ruangan kotak komen entry ini

Hadiah dan pemenang yang akan dipilih

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]
Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali.Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.


BEST TAK? BEST TAK? BEST TAK?.....HADIAH DIA! 
GILA TAK BEST!!
okey apa lagi sila lah join "Giveaway Birthday Azhafizah"

Selamat maju jaya untuk diri sendiri, dan selamat maju jaya korang!

Rabu, 22 Januari 2014

Resepi telur masak kari

Siti Nurfariha | 11:54 PG | 0Comments |
Ini antara makanan febret kita juga you all ;-)

Actually makanan makanan macam ni lah yang sedap dan ini makanan yang terbaik dari ladang kan!. Nak masaknya pun senang ajo, campak campak dah siap tak ke senang dan gampang banget sleng jawa. Nak buat telur masak kari ni serius pejam mata je boleh siap. haaa gitu!

Okey, ni resepi paling senang semudah Aaaa Bbbbb Cccc
=.=

bahan bahannya :
minyak masak
lada kering *blender*
telur ayam *rebus*
serbuk kari ayam/ikan 
santan
air masak atau paip 
air asam jawa
bawang putih *tumbuk*
bawang merah *tumbuk*
gula 
garam

Cara-caranya :
- panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumbuk sehingga naik bau 
- kemudian masukkan rempah kari dan cili kering kacau sehingga naik bau.
-masukkan santan dan air masak/paip dan kacau sehingga ia mendidih kemudian masukkan air asam jawa 

- seterusnya masukkan telur direbus 
- perasakan dgn garam dan sedikit gula.
- masak hingga semuanya sebati dan blehlah diangkat..

Nota :
kalau korang nak kuah dia pekat letak santan lebih dan air sedikit kena pandai pandai balancekan.
kalau nak pedas pulak boleh je tambah lada api ye tuan puan sekalian
kalau korang perasaan kita tak letak pun kayu manis dan adik beradiknya, actually tak letak pun tak apa menjadi juga kari telur tu, lagi pun kayu manis dan adik beradiknya tu untuk mewangikan.


Aaaalamak! Gambar tak letak pulak ;'(, soory ye tak ingat nak selfie bersama telur masak kari ;P. Alaaa GOOGEL je boleh kan hikhikhik :')

Selasa, 21 Januari 2014

Berkuda Sunnah Nabi, Aktiviti Rehlah Hujung Minggu

Siti Nurfariha | 12:01 PG | 4Comments |
Hai! Selamat malam korang !

Kita nak share aktiviti hujung minggu kita last week. Last week berkesempatan pergi Gombak Horse Riding Club dekat area UIA gombak menghala ke kampung sungai pusu, kalau tak tau sila googel ye ;-)

Sebenarnya kita memang suka dan teringin sangat nak naik kuda, al maklumlah tak pernah pun seumur hidup naik kuda, last week lah dalam sejarah dapat tunggang kuda hiphiphureyyy!. hehehe. Kalau sebelum sebelum ni kita selalu tengok tengok kuda dekat putrajaya atau bangi lama tu pun belai belai dan bagi makan kuda je. Yang kita nak share dekat sini, kalau korang nak naik kuda tempat ni lah rasanya paling murah 6 pusingan rm5 sahaja btw dalam masa yang sama korang boleh belajar macam mana cara nak tunggang kuda dengan betul. Masa kita tunggang kuda tu dia ajar cara duduk dengan betul, pegang tali dengan betul dan juga macam mana nak kawal kuda supaya tak mengamuk. See? dalam 6 pusingan tu banyak juga dapat belajar pasal sunnah berkuda.

Tempat Gombak Horse Riding Club ni lawa jugalah walaupun sesak napas bau taik kuda kihkihkih. Tak silap kita dekat sini ada 8 ekor kuda termasuk mak bapak anak bini kuda, orang tak putus putus datang sini bawa anak-anak untuk berehlah, lagi pun berkuda ni aktivti yang baik sunnah nabi lagi tu . So kalau aktiviti petang hujung minggu korang tak tau nak buat apa datanglah ke Gombak Horse Riding Club!. Kalau korang nak amik kursus sunnah berkuda pun boleh dan harga sangat murah, bila korang jadi ahli korang akan dapat banyak kelebihan. 

seterusnya biar gambar berbicara =.=

dekat sini ada juga binatang-binatang lain selain kuda 
iguana/angsa/burung/anjing dll ;D

kuda ni baru lepas mandi, ready to ride

kuda dekat sini semua sopan santun dan berbudi bahasa errrr

kuda bersama kuda, Ehhh? 
muehehhe

Gambar ni cahaya melebih damn betul amir tangkap gambar macam hampeh!

Ok,first time naik C.U.A.K 
*karang kuda ni mengamuk mati aku di lanyak*


Isnin, 20 Januari 2014

Febret drama : Ariana Rose

Siti Nurfariha | 5:00 PTG | 0Comments |
Sekarang ni pukul 6.59 pm je mesti dah terpacak depan tv sebab tak sabar nak tengok Arianna Rose!. 

Kita terus straight to the point ok harini kita  nak buat review tentang novel yang tengah hangat diperkatakan *cewah* . 

The Wedding Breaker 

Novel yang tengah hot hot macam baru keluar dari oven, For the great author Ms.Evelyn Rose, bagi yang nak tahu, Cerita Arianna Rose ni sebenarnya di adaptasi dari novel yang bertajuk the wedding breaker cerita ni mula pada pukul 7.00 pm setiap hari isnin hingga khamis. Jadi bagi siapa yang tak pernah tengok cerita ni sila layari tonton.com.my ye repeat balik dari episod 1, kalau korang tak tengok dari mula tak dapat feel dia hikhikhik.

This drama actuall make me crazy

This novel!You must read!
:')

 

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – 
Tengku Adam Kamil

okey pengsan dengar kata kata Tengku Adam Kamil #

Ahad, 19 Januari 2014

Resepi nasi lemak sempoi

Siti Nurfariha | 1:08 PG | 0Comments |
Ehem Ehem..Hari ni kita nak share resepi nasi lemak sempoi dengan korang. Actually nak masak nasi lemak ni senang je, pejam mata pun boleh buat *cakap dengan muka exction*.

Kalau mak mak masak nasi lemak ni biasanya menggunakan resepi yang lengkap, contohnya lah kan nak masak nasi lemak tu mesti ada halia dan daun pandan.Actually halia dan daun pandan tu semua untuk mewangikan nasi je tak letak pun tak apa. Tapi macam kita ni orang bujang rumah pun tak cukup perkakas so buat yang senang je.

Okey lets continue how to cook nasi lemak sempoi by Chef Fariha Khaidir. puiiii#
kita suka ikan bilis yang di goreng asing, daripada campur dengan sambal
:)

Bahan-bahan nasi lemak :
  • beras
  • santan
  • garam *optional*

Bahan-bahan sambal :
  • cili kering yang telah di kisar
  • bawang merah *tumbuk/blander kering*
  • belacan *tumbuk/blander kering*
  • air asam jawa
  • gula
  • garam
Bahan sampingan :
  • telur rebus/telur goreng
  • ikan bilis goreng
  • timun
cara masak nasi lemak : sama macam masak nasi biasa cumanya gantikan air putih dengan santan dan letak sedikit garam, tak nak letak garam pun tak apa okey :)

cara masak sambal nasi lemak : panaskan minyak, masukkan bawang merah dan belacan yang telah di tumbuk/blander kering kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan lada kering. Kacau dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak. masukan sedikit air asam jawa dan di ikuti gula dan garam kacau sehingga rasa seimbang dan SIAP!

NOTA : KALAU RASA ADA YANG TAK KENA, TAK CUKUP GULA KE GARAM KE TAMBAH LAH IKUT CITARASA KORANG

Senang tak?! tak sampai setengah jam pun dah boleh siap. Ops! kita tak letak detail berapa biji bawang, lada kering dll nak guna sebabnya korang boleh ikut citarasa korang. kalau nak sambal banyak letak lah lada kering banyak-banyak okey. 

Moga resepi ni berguna untuk korang :)

Wanginyaaaa, Kereta I : Pewangi kereta yang Ohsem

Siti Nurfariha | 12:24 PG | 2Comments |

Assalamualaikum. Apa Khabar Sahabat Sahabat semua?.

Kereta korang ada perfume?
: Kita rasa semua kereta akan ada perfume supaya kereta tak berbau hapak dan sentiasa berbau wangi juga menyegarkan baru  ada feel dan nikmat nak naik kereta kan! Kita sangat pentingkan kebersihan kereta dan selalunya kita akan pastikan kereta sentiasa bau wangi dan bersih :) orang nak naik kereta pun rasa senang hati.

Dalam banyak banyak pewangi kereta kita jatuh hati pada GLADE SENSATIONS. Serius bau glade sensations ni sangat wangi dan yang penting tahan lama dalam 2 bulan boleh tahan!.Korang punya pewangi kereta jenama apa pulak ?. Kita suka glade sensations ni sebab ianya tahan lama, boleh refill dan yang paling penting murah harga mampu milik . Korang pun patut ada glade sensations ni untuk letak dalam kereta baunya amat terbaik.

wangian GLADE SENSATIONS untuk kereta korang

6 wangian untuk anda pilih ! ocean escape,lemon, fruit nectar, i love you, morning freshner, jasmine, lavendar

Korang boleh beli Glade Sensations ni sendiri di mana-mana pasar raya, petronas, seven E atau mana mana yang ada menjualnya!. Kalau kita, kita lebih sukakan bau i love you, ocean escape, dan lavendar!. Masing masing ada citarasa tersendirikan jadi apa kata korang cuba wangian kereta mana yang korang suka!

Ops! sebelum tu korang mesti ada cover glade ni dulu

Ok, sampai sini je update! Selamat malam sayang sayang semua
>,<

Selasa, 7 Januari 2014

Graduation Day

Siti Nurfariha | 8:38 PTG | 5Comments |
Graduan KUIS 2013

Assalamualaikum everyoneeeeee!

Seperti biasa kita ni di ibaratkan seperti chipsmore. Kejap ada, kejap takda, kejap tenggelam, kejap timbul heheh. Lebih kurang cenggitulah. Nak cakap kita busy tak ingat nak update blog tak juga. Kadang kadang terfikir ‘kejap lagi nak update blog lah’ tapi tak juga update update entah syaitan apa yang hasut supaya tak update tak tau lah. Ok so for now tengah-tengah ada mood nak tulis ni baik kita mula sambung tulis entry yang dah lama terpendam dekat draft. Tulis sampai korang muntah nak baca! Hahaha.

Ok aku just nak cerita pasal konvo tahun lepas. Apa nak cerita eh? Dah tak ingat la pulak. Kita tepek gambar je lah, aci tak? Nak cerita pun dah lapuk. post gambar je eh!?


Masa konvo ayah kita je datang sedihnya sebab mak dengan adik-adik tak datang sekali. Tarikh kita konvo tak kena dengan masa sebab nya time konvo time tu lah adik kita UPSR, mak kita pun tak dapat datang sebab nak amik adik sekolah dan hal-hal lain yang tak dapat elak. kalau nak ikutkan perancangan kita seorang je yang masuk dalam pusat konvokesyen nasib baik ayah cakap ayah boleh datang rasa terubat hati dan gembira sangat sangat :')


Nak masuk dalam pusat konvokesyen dah time ni, nasib sempat salam dan cium ayah (-.-")
Disebabkan mak tak datang majlis konvo, maka tangkap gambar kenangan mak dan anak di rumah saje kikiki (-.-")

And the last Sesi photoshot yang dikendalikan oleh amir *jimat duit nak upah fotografer luar hehehe*


Ini antara kenangan terindah 2013. Moga 2014 membawa seribu keindahan dan kejayaan buat kita semua
(-.-")