Ahad, 19 Januari 2014

Resepi nasi lemak sempoi

Siti Nurfariha | 1:08 PG | 0Comments |
Ehem Ehem..Hari ni kita nak share resepi nasi lemak sempoi dengan korang. Actually nak masak nasi lemak ni senang je, pejam mata pun boleh buat *cakap dengan muka exction*.

Kalau mak mak masak nasi lemak ni biasanya menggunakan resepi yang lengkap, contohnya lah kan nak masak nasi lemak tu mesti ada halia dan daun pandan.Actually halia dan daun pandan tu semua untuk mewangikan nasi je tak letak pun tak apa. Tapi macam kita ni orang bujang rumah pun tak cukup perkakas so buat yang senang je.

Okey lets continue how to cook nasi lemak sempoi by Chef Fariha Khaidir. puiiii#
kita suka ikan bilis yang di goreng asing, daripada campur dengan sambal
:)

Bahan-bahan nasi lemak :
  • beras
  • santan
  • garam *optional*

Bahan-bahan sambal :
  • cili kering yang telah di kisar
  • bawang merah *tumbuk/blander kering*
  • belacan *tumbuk/blander kering*
  • air asam jawa
  • gula
  • garam
Bahan sampingan :
  • telur rebus/telur goreng
  • ikan bilis goreng
  • timun
cara masak nasi lemak : sama macam masak nasi biasa cumanya gantikan air putih dengan santan dan letak sedikit garam, tak nak letak garam pun tak apa okey :)

cara masak sambal nasi lemak : panaskan minyak, masukkan bawang merah dan belacan yang telah di tumbuk/blander kering kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan lada kering. Kacau dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak. masukan sedikit air asam jawa dan di ikuti gula dan garam kacau sehingga rasa seimbang dan SIAP!

NOTA : KALAU RASA ADA YANG TAK KENA, TAK CUKUP GULA KE GARAM KE TAMBAH LAH IKUT CITARASA KORANG

Senang tak?! tak sampai setengah jam pun dah boleh siap. Ops! kita tak letak detail berapa biji bawang, lada kering dll nak guna sebabnya korang boleh ikut citarasa korang. kalau nak sambal banyak letak lah lada kering banyak-banyak okey. 

Moga resepi ni berguna untuk korang :)

Tiada ulasan: