Selasa, 28 Januari 2014

The Place : Pasar Malam Taman Melawati

Siti Nurfariha | 9:40 PTG | 0Comments |
Hai selamat malam semua ;-)

Hari ni rasanya nak update entry pasal makanan lah!, kita rasa nak adakan satu entry khas dekat blog ni yang berkaitan tempat makanan yang sedap dan murah!. Dengan tajuk entry 'THE PLACE' hehehe. Okey mulakan dengan entry pertama kita yang bertajuk 'The Place : Pasar Malam Taman Melawati' 

Sebut je pasal makanan semua orang suka! lagi lagi kalau makanan tu sedap mesti menjadi tumpuan ramai orang. Jom kita terjah pasar malam taman melawati *my febret pasar malam*. Untuk pengetahuan korang tapak pasar malam ni sama dengan tapak pasar tani. Pasar malam ni buka 3 minggu sekali hari selasa, khamis dan sabtu. Banyak makanan jual dekat sini, so banyak julag lah febret makanan pasar malam kita hehehe

Antaranya :
Murtabak ni memang sedap. Tebal dan sedap harganya RM 4 tak silap, kalau beli tak rugi! sebab sedap oiiiii

Salah satu febret kalau pergi pasar malam, 
Satenya sedap dah lah murah 40 sen  je satu cucuk.

Nasi lemak ni kegemaran amir, macam macam pilihan sambal ada 

Dan yang terakhir young tau foo, kuah dia memang sedap dan kena dengan tekak kita

*THUMBS UP*

Sudah namanya pasar malam. jadi, pelbagai barangan yang dijual dekat sini dari pakaian, perhiasan rumah, barangan dapur, barangan kering, barangan basah, dan sehinggalah ke variasi makanan yang pelbagai jenis dan aneka pilihan!

Untuk sesiapa nak singgah sini boleh googel maps :

Pasar Malam Taman Melawati
Lorong Perak Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

Tiada ulasan: