Rabu, 22 Januari 2014

Resepi telur masak kari

Siti Nurfariha | 11:54 PG | 0Comments |
Ini antara makanan febret kita juga you all ;-)

Actually makanan makanan macam ni lah yang sedap dan ini makanan yang terbaik dari ladang kan!. Nak masaknya pun senang ajo, campak campak dah siap tak ke senang dan gampang banget sleng jawa. Nak buat telur masak kari ni serius pejam mata je boleh siap. haaa gitu!

Okey, ni resepi paling senang semudah Aaaa Bbbbb Cccc
=.=

bahan bahannya :
minyak masak
lada kering *blender*
telur ayam *rebus*
serbuk kari ayam/ikan 
santan
air masak atau paip 
air asam jawa
bawang putih *tumbuk*
bawang merah *tumbuk*
gula 
garam

Cara-caranya :
- panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumbuk sehingga naik bau 
- kemudian masukkan rempah kari dan cili kering kacau sehingga naik bau.
-masukkan santan dan air masak/paip dan kacau sehingga ia mendidih kemudian masukkan air asam jawa 

- seterusnya masukkan telur direbus 
- perasakan dgn garam dan sedikit gula.
- masak hingga semuanya sebati dan blehlah diangkat..

Nota :
kalau korang nak kuah dia pekat letak santan lebih dan air sedikit kena pandai pandai balancekan.
kalau nak pedas pulak boleh je tambah lada api ye tuan puan sekalian
kalau korang perasaan kita tak letak pun kayu manis dan adik beradiknya, actually tak letak pun tak apa menjadi juga kari telur tu, lagi pun kayu manis dan adik beradiknya tu untuk mewangikan.


Aaaalamak! Gambar tak letak pulak ;'(, soory ye tak ingat nak selfie bersama telur masak kari ;P. Alaaa GOOGEL je boleh kan hikhikhik :')

Tiada ulasan: