.Perempuan Dan Diet

kadang kadang kan mesti pakwe pakwe kita selalu botak dan mengalami masalah keguguran rambut kan sebab melayan karenah makwe dia. mana tak nya kalau gemuk sikit kecoh satu kampung, padahal tak ada lah gemuk mana pun kan kan. (^_~)

macam kita pun, selalu kecoh kecoh dekat Encik Amir. kita rasa badan kita ni cepat je naik kalau banyak sangat makan. tapi bila tanya Encik Amir kita ni gemuk ke tak dia kata tak! tapi  kita nak juga cakap Ya hahaha. mostly perempuan ni memang suka sangat dan terlalu obses dengan bentuk badan kan. btw kita tak ada lah kurus keping sangat, badan kita ni chubby sikit orang kata tau ni bukan nak puji diri sendiri. tapi alhamdulilah kita tak buncit! serius! kita TAK buncit, (-.-") selalunya orang gemuk gemuk chubby chubby ni buncit buncit kan tapi kita tak ada masalah tuh. eeeeemmm orang kurus keping pun buncit juga, badan dah elok keping macam kayu tapi buncit pulak adeh malu nye  

so hari ni kita nak bagi tips elak dari buncit perut :-)
make sure minum air masak atau mineral water 3 liter sehari dan pastikan pagi pagi tuh time korang bangun tidur korang buang air besar.

air masak atau mineral water ni membantu kelancaran sistem penghadaman badan lepas tuh dia akan buang lah toksin toksin dalam badan korang, macam kita, kita tak amik minuman bergula, bersusu atau bergas. kalau  amik pun mungkin seminggu sekali tapi kita memang minum air masak 3 liter sehari atau lebih. (-.-")

setakat ni pagi pagi memang kta buang air, alhamdulilah lepas tuh badan dan perut pun rasa ringan je. itu je tip elak buncit dan kurus dari kita.
Bukan ibu je mengandung,
Bapak pun mengandung 
Take mineral water more more and more everyday
 =___=

Dah Baca, Silalah Like. Thanks For Reading Darling!:-)

. mencekik vs mentedarah

okey hari ni malas nak story story pasal diri sendiri tapi nak story pasal mencekik vs mentedarah je, insyallah lepas ni kita nak buat segmen review pasal makanan lah dekat blog kita ni, kalau tak sedap pun kita nak buat review juga pasal tempat kita mencekik vs mentedarah tuh. (^_~)

tadi kita ada buat cerita dekat sini, eem dekat sini ada lah kita cakap pasal mencekik vs mentedarah kan. so entry ni just nak comment pasal tempat yang kita makan tuh je.

untuk lunch semalam kit makan dekat D'ARAB CAFE, cafe ni dekat  masjid putrajaya. kalau dekat masjid putrajaya di kan ada tempat makan makan kan, cafe ni sebelah je dengan secret receipi. btw semalam kita oder nasi apa tah tak ingat nama dia tapi nasi arab juga lah, encik amir pulak oder lamb kabsah :-)

lamb kabsah ni sedap sikit dari yang kita punya oder. dia punya daging lembut gila tahap nak mampus punya, yang kita punya ayam keras tahap nak mati. kita memang tak suka kalau makan dia bagi tang isi yang seketul gedabak tapi keras tuhm nak makan pun tak ada feel dengan nak patah patahkan ayam dia tuh =___=". tapi nasi dia sedap memang superb! kalau makan nasi je tak ada ayam pun dah boleh kenyang
encik amir punya

kita punya
(>__<)
sumber gambar dari puan googel binti dot com

apa yang dalam gambar tuh sebiji dekat luar lah, tapi yang kita punya tuh ayam dia kita tak dapat macam tuh kita dapat isi ayam yang super besar punya. makan 3 orang pun tak habis agaknya ok tipu

korang kalau makan yang memang tak reti nak satu pinggan dekat sini tak payah lah gatal gatal nak tambah nasi, nak nasi lebih ke apa. sebab sepinggan ni je penuh dah nasi dia boleh jadi dua orang makan tau. (-.-") lepa tuh minuman pulak kita minum air suma je. kita kalau pergi mana mana pun makan ke apa memag biasa minum air suam. sekarang kita tak minum dah minuman manis manis ni lagi lagi bergas.

balik dari office kita makan dekat presint diplomatik pulak, ala dekat dengan mydin dekat putrajaya tuh korang cari je nama CAFE BONDA!. dekat situ yang paling sedap nasi goreng brazil dia! make sure korang pergi dan cuba dulu nasi goreng brazil tuh. sedap weh den tak tipu ni (T___T)

untuk nasi goreng brazil puan googel binti dot com tak ada sediakan gambar lah. nasi goreng dia macam biasa je cuma tambah sotong tepung. walaupun nasi goreng tuh dia cuma tambah sotong tepung je tapi dia puya nasi goreng tuh memanga aura tau, memang sedap lah. kita dah jatuh cinta dengan nasi goreng tuh. lepas ni kalau orang tanya makanan febret kita apa, kita nak jawab nasi goreng brazil  (^_~)

kejap lagi balik kerja je nak mencekik vs mentedarah nasi goreng brazil
Bai (-.-")
hidup untuk makan ke?
makan untuk hidup?

Dah Baca, Silalah Like. Thanks For Reading Darling!:-)

.Kuang asam jawa betul :D

tenshion betul, kalau makan udang je mesti jari kita akan luka asal makan je luka, adoi tak nak makan udang lagi lah lepas ni. tapi udang sedap lagi lagi kalau udang masak sambal febret kita tuh. (>__<)

sedih gila hari ni, hidup macam sorang sorang je. lunch tadi kita makan sorang sorang je. eeemm tak best nye bila orang dekat office ni tak ada, yang ada pun mak cik mak cik je, ramai yang amik cuti hari ni. tadi masa nak pergi lunch kita ajak lah akak akak aka mak cik mak cik dekat office ni pergi makan tapi dia orang cakap tak nak. semua kenyang lagi mana tak nya pagi tadi kita tengok dia orang makan dari pukul 8.30 ke pukul 9 lebih makan + borak borak. asal hari jumaat je mesti makan ke main banyak depa semua ni. pesen kita pulak pagi pagi memang tak makan. on diet ke!

sejak kerja ni kita biasa makan nasi sekali sehari tuh pun lepas habis kerja baru makan, tapi kalau encik amir ada biasa lunch kita orang makan dekat luar, balik kerja pulak makan lagi dengan encik amir:-), perut ni mesti rasa lapar memanjang kalau encik amir ada. kalau dia jauh tak ada dekat sini tak makan pun tak apa.

semalam lepas kita habis kerja, kita pergi makan dengan encik amir dekat presint diplomatik. boleh tahan juga makan dekat situ, sedap memang sedap lah, harga pun okey

kita :sedap juga sini kan, sayang dah habis makan, makan lah sotong tuh
dia :sambil pandang semacam dah habis makan ke?
kita :eeeeii kurang asam nak cakap sayang kelahap lah tuh kan, mee tom yam dia sikit lah, memang lah cepat habis

jahat betul kan encik amir mesti dia tengok kita kebulur semacam je padahal lunch semalam dah makan nasi arab sepinggan godang punya. adeh, kan kita dah cakap asal encik amir ada je mesti perut kita nk rasa kosong je 24 jam.

tapi tak apa, kita seronok bila dia ada depan mata kita, baru semangat kita nak makan kikiki.

kalau sayang gemuk pun abang tetap sayang, tapi jangan lah gemuk,sayang pun tak nak gemuk kan?
.
.

kita memang tak nak gemuk :D lah!!!
tapi kalau kita gemuk tak suka kita lagi lah eik?

PANG!!!
lunch semalam kita orang makan dekat sini lah
D'ARAB CAFE

Dah Baca, Silalah Like. Thanks For Reading Darling!:-)

Tips pengambilan suplement

selamat petang:-)
Hari ni ieyha nak share satu lagi info dan tips terbaru yang dikongsi oleh kawan kita tapi telah diolah semula ayatnya tau.

TIPS PENGAMBILAN ATAU MAKAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL


Atau dalam hal ini cara makan dan waktu pengambilan VCO .

Tips ini diberikan dan dijelaskan dari :
PUAN VIVI NORYATI ( Saintis Perubatan daripada Universiti Malaya)

1. MAKAN atau AMBIL supplement (VCO) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam 

2. KERANA ? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCO) bertindak dan bekerja dalam badan kita. 

3. ELAKKAN pengambilan supplement (VCO) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

4. ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCO) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

5. NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. PengambilanVCO akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat.  Jika anda rasa selepas pengambilan VCO anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda. 

6. PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.

untuk vco korang jangan confuse pulak. before ni kita pernah cakap kan vco amik before sarapan, actually vco ni boleh amik dalam dua keadaan before atau after makan. 

so kalau nak oder please sms kita ye 0133709651

Dah Baca, Silalah Like. Thanks For Reading Darling!:-)