Isnin, 25 Ogos 2014

Amir Interview Zakat Pulau Pinang

Siti Nurfariha | 8:58 PG | 0Comments |
Selamat pagi korang :-)

Hari rabu minggu lepas amir call dia cakap orang zakat Pulau pinang suruh datang interview isnin ni (25 ogos 2014), syukur alhamdulilah bila dengar berita ni :D. Then sabtu hari tu teman dia pergi beli tiket bas dan hantar dia ke stesen bas, abah dia tak bagi balik bawa kereta, dia nak naik flight pun abah tak bagi jadi kena lah nak bas walaupun tak suka naik bas *redha jelah*
Memaparkan 1408928191358.jpg
Makanya Hari ni amir ada interview di zakat Pulau Pinang! Alhamdulilah walaupun baru interview harap ada rezeki buat dia. Kalau rezeki tu untuk dia lepas ni dia bekerja dengan Zakat lah ;-)
Sebenarnya kita yang applykan kerja tu, kita juga yang buat resume. Amir nak buat resume memang tak lah kan, dah bagi soft copy lapanjutahelai pun dia tak edit edit lagi, ceitt!, kita juga yang poskan pokok pangkalnya kita yang buat semua hahahah . Tahun lepas ada juga kita apply kerja kosong dekat zakat Pulau pinang tapi tak dapat interview pon maybe sebab bukan rakyat negeri Pulau Pinang kot. Tapi tak apa lah kerja sekarang pun dah okey sangat, syukur alhamdulilah.

Rasanya ni pengalaman pertama dia di interview, before ni dapat juga tawaran SPA untuk interview cuma dia je tak pergi. Harap-harap dia dapat jawab dengan sebaik mungkin insyallah!:-)

Tiada ulasan: