Rabu, 26 September 2012

Resepi - Cupcake Moist Chocolate

Siti Nurfariha | 9:09 PTG | 1Comments |
Esok birthday adik bongsu Cik Taring, Siti Raihanah so petang tadi sempat lah Cik Taring buat cup cake untuk dia bagi dekat cikgu dan kengkawan di sekolah :-)

Okey nak cerita sikit pasal cupcake dengan muffin. Antara perbezaan ketara di antara muffin dan cup cake ialah dari segi teksturnya. Tekstur muffin biasanya lebih padat (walaupun tetap ada yang moist juga lembut) dan ia lebih berat  berbanding dengan kek cawan lebih ringan,lembut dan gebu seperti kek biasa memang kek biasa pun tetapi di cawan kan...:p (ceh macam hebat sangat masak kan)
Adunan kek, sebelum di masukkan dalam paper cup

Biasanya adunan kek cawan ni boleh je dibakar dalam bekas besar untuk dipotong-potong dan kek biasa boleh je untuk di cup cake kan. Pendek kata lah kan,asalkan namanya kek boleh je nak bakar dalam paper cup atau dalam loyang biasa.(-.-")

Cik Taring buat cup cake ni tak guna paper cup dia pun sebab tak ada, so pakai je paper tempat isi biskut confleks yang besat tu hahha jadi juga muffin walaupun tak berapa nak comel kan. Nak buat macam mana Cik Taring duduk kampung so payah lah nak cari bendaalahtuh. (-.-")

Bahan-bahan:

100g Serbuk Koko*
180g Gula pasir*
1 tin Susu sejat*
200g Minyak Jagung/Masak
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Soda Bikarbonat
1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. 
2. Satukan tepung dengan telur yang di pukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar-benar sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam paper cup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz paperc up.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan 





Kek yang moist dan kaya rasa coklat..sedappp! 

Walaupun rupa cup cake sungguh hodoh, tapi ianya sangat sodappp (^__^)


1 ulasan:

Unknown berkata...

yuuummmyy.... enak banget kayaknya mbak pengen coba nihhhh


http://curhatz.blogspot.com/