Khamis, 11 Oktober 2012

Meh nak share resepi, orang rajin masak kan..erk?!

Siti Nurfariha | 11:06 PTG | 0Comments |
Petang tadi rajin sangat kan nak bertukang dekat dapur, kebetulan barang barang pun semua ada dekat rumah, dengan bakat yang ada kita pun buat lah biskut famous amos yang famous sangat tuh kihkihkih home made okey.

Okey lets here and anak anak sila fokus dengan apa yang cikgu bebelkan ini ye (:
Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip 
100 gm sebarang kekacang 
50 gm kismis hitam - tak nak letak pun takpo


Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan korang menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 3minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Ni lah biskut yang kita buat.. tak sampai 24 jam dah habis sebalang 
makan tanpa had betul orang dekat rumah ni*
Done! siap dengan packging lagi tau

Okey bye
>_<

Tiada ulasan: