Selasa, 10 Julai 2012

Mee Goreng Ma...mak

Siti Nurfariha | 1:46 PTG | 2Comments |
Walaupun kita tak ada sikit pun keterunan mamak mamak ni, tapi kita suka mencekik mee goreng mamak, macam orang mengandung selalu sahaja mengidam makanan-makanan ni. (-.-") Nak kata mengandung mesti lah tak. Kalau sehari kita tak mengidam nak makan itu ini memang tak sah lah!

Kalau makan luar kita jarang oder nasi-nasi ni biasa oder mee je. Kalau oder mestilah febret mee goreng mamak ;-). Bab makanan kita memang cerewet itu tak makan ini tak makan eeemm macam tempoyak, sambal belacan sambal kicap ke apa memang kita tak akan makan. Tapi sambal kicap tuh kan ada spesis sambal kicap yang kita makan hehehe.(-.-") 

Kalau pergi rumah orang kita susah sikit nak makan, takut kalau orang tu masak benda yang kta memang tak makan, kita kalau benda tuh memang tak suka dan tak pernah makan kita tak akan makan. :') Dan kalau benda tuh pelik tapi sedap bagi korang kita memang tak akan makan. Cakap lah sedap mana pun kalau kita rasa pelik sepeliknya makanan tuh sorry.

Ha! Baru korang tau kita cerewat kan. Tapi kita suka makan suka sangat sangat makan. Walaupun sibuk nak kurus tapi kalau dah lapar tahap kebulur buat apa nak menyiksa badan mencekik je lah weh.

Jom kita nak share resepi mee goreng mamak dengan korang. Gerenti sedoppp :') 


Bahan-bahan (4-5 orang)

500g mi kuning
ulas bawang merah (ditumbuk) tapi jangan tumbuk halus
3 ulas bawang putih (ditumbuk) tapi jangan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
4 biji telur
1 mangkuk taugeh
Tauhu goreng
Garam
Minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
3. Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
5. Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap kalau ada hirisan limau nipis atau kasturi dan cili.


2 ulasan:

DEL berkata...

Mee goreng mamak memang sedap...!

Siti Nurfariha berkata...

@DELBETUL..BETUL HEHHE