Jumaat, 29 Ogos 2014

Review Makanan sedap - Nasi Arab AL-Rawsha Di Kg Pandan

Siti Nurfariha | 3:05 PTG | 2Comments |
Hai semua!
:')

Hari ni kita nak review sikit tentang tempat makan dan makanan yang best. Haritu bos belanja kita orang makan dekat restorant arab Al-Rawsha. Kalau yang biasa dengan jalan ampang atau kampung pandan tau lah restorant tu dekat mana. Ni first time tau kita datang makan sini tu pun  bos yang belanja muehehehe.

Gaya dan tatarias restorant ni Nampak mewah dan macam dekat arab pun ada, dalam dia luas dan besar walaupun waktu lunch ramai juga yang datang sini.  Gaya restorant yang mewah kita dah agak dah mesti mahal punya makanan dekat sini. Nasib bos belanja kalau makan sendiri memang tak lah nak makan tempat mahal mahal ni muehehh


Overall harga makanan dekat sini memang mahal, air milo pun Rm7 macam tu lah. Darii segi rasa nasi arab dia memang sedap. Sepinggan tu boleh share 2 orang tau sebab banyak sangat nasi dia. Kalau perut kecik dan tak pelahap kita lebih baik korang makan share. Tapi nak makan sorang sepinggan pun tak apa, lebih boleh tapau kan, so tak jadi masalahla

Before korang oder tengok harga dulu tau nanti tak pasal pasal lari bajet. kikiki
Tea arab *apaentahnamadia* harga rm15 tak silap. Teko dia kecik gila!
#airtaktaunama dan #takingatharga
Nampak je dalam gambar sikit, tapi penuh satu pinggan tau! 
Tak percaya oder lah
Kalau korang teringin nak makan dekat sini boleh lah datang rasa. Refer alamat bawah ya untuk tau location dia :-)

Lokasi :

Al Rawsha Restaurant (area bulatan Kampung Pandan)
No 8, Jalan Kampung Pandan
Kuala Lumpur
GPS: 3.139327,101.726562
Opens: 24 hours

2 ulasan:

Yun Sing berkata...

Bestnya bos belanja tu.. haha #airtaktaunama tu kalau bayar sendiri mesti ingat harga kan? xD

Siti Nurfariha berkata...

hahahah btl btl, kalo org blnje semua best kan., kikiki@Yun Sing