Isnin, 25 Ogos 2014

Other 3 Sem To go! - Bachelor Lingustik And Sastera

Siti Nurfariha | 9:15 PG | 0Comments |
Alhamdulilah, itu lah ungkapan selalu kita ucapkan bila kita rasa bersyukur dengan apa yang kita dapat atau kita miliki :-)
Result final exam sem lepas dah keluar dan bila tengok result tak adalah puas hati sangat sebab pointer menurun this semester. Mungkin sebab sem lepas tak study dan ada 2 subjek yang killer. Dahlah lecture tak masuk tutorial dah tu kena study sendiri. Kalau macam kita ni hari hari sibuk dengan kerja office, kerja dari pukul 8.30-5.30 mana nak study lagi, bila nak study je rasa malas membuak buak, cepat je mengantuk kalau tengok buku ni bukan faktor usia ya :D. Bila belajar part time ni korang pun akan rasa benda yang kita rasa

  1. Malas nak study
  2. Cepat penat 
  3. Cepat ngantuk bila tengok buka
  4. Busy sampai tak ada masa nak buat assigemnet or study
  5. Bla
  6. Bla
  7. Bla
  8. Alasan korang akan jadi sampai sejuta alasan untuk study

Tapi! nak tak nak korang kena YA kan! korang kena semangat 200%, bukan rindu je 200% semangat belajar pun kena 200% dan lebih dari tu. Bukan nak bangga tapi orang yang study part time ni lah paling kuat semangat, paling tabah, paling berusaha! 

Untuk result sem ni semuanya lulus tak ada subjek yang gagal. Harap harap sampai last sem tak ada subjek gagal, tak nak repeat paper! biar semua lulus cukup cukup makan pun okey lah dari kena repeat paper kan?!

Tak sabar nak masuk semester 4, ada 3 semester lagi then boleh lah fikir sama ada nak sambung master atau tak! hehe ke kawin terus?! hahahha
XOXOX :D

Tiada ulasan: