Jumaat, 22 Ogos 2014

Malaysia Berkabong : Nahas MH17

Siti Nurfariha | 8:50 PG | 0Comments |
Photo: 22 Ogos 2014 Hari Berkabung Malaysia
Jumaat 22 Ogos 2014,  adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17  yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk,  Timur Ukhraine.  Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air  (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.

Sebanyak 22 jenazah termasuk seorang bukan warga Malaysia akan dihantar pulang merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat dengan pesawat khas dari Amsterdam 

Firman Allah سبحانه وتعالى; 


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّـهِ يَسِيرٌ ﴿٢٢﴾
“Tidak ada kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Surah Al-Hadid Ayat 22)

Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 terus bersabar atas apa yang telah berlaku. Peristiwa ini juga mengingatkan kita agar mati itu pasti datang kepada kita semua yang hidup, cuma caranya dan di mana kematian itu berlaku hanya Allah juga yang maha mengetahuinya...Agar kita sama-sama muhasabah diri kita.

AL-FATIHAH

Tiada ulasan: