Isnin, 23 Julai 2012

Mihun Masam Manis

Siti Nurfariha | 1:24 PTG | 2Comments |
Alhamdulilah, hari ni ramadhan ke tiga kan ;-) puasa kali ni kita tak rasa letih sangat sebab dekat office banyak kerja kan so tak fikir pasal makan makan. kita nak share satu resepi untuk korang actually semalam masa berbuka kita masak mihun masam manis first time cuba. resepi ni kawan kita yang ajar. 

alhamdulilah menjadi resepi kita, tapi tak sempat nak tangkap gambar mihun banyak banyak, terus bedal makan jer >.<
Bahan-bahan
  • 1 paket mihun - rendam dan toskan
  • 1 ikat sawi 
  • 1/4 biji kobis 
  • 200 gm daging 
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 camca besar udang kering - tumbuk
  • 1 paket fishball - belah dua 
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 4 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar kicap cair
  • 1 - 2 camca besar kicap pekat
  • 3/4 cawan air (cukup untuk melembutkan mihun)
  • 1 camca besar gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan kacau hingga agak garing dan wangi. Masukkan pula cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Biar daging empuk.
  3. Masukkan semua sos dan kicap serta fish ball, kacau lagi.
  4. Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan sayur-sayur dan mihun. Kacau balik hingga rata.
  7. Bila mihun telah lembut, tutup api dan hidangkan bersama telor dadar, cili merah potong dan daun bawang yang dihiris halus.


    korang, kalau tak tahu nak masak apa untuk berbuka ni, lets try resepi ni tau ;-0


    said : macam sayur-sayuran atau fishball ke tuh korang boleh tukar sendiri ikut kemahuan korang tau meleleh air liur den

2 ulasan:

OKje berkata...

Emmm...menarik ni.....Ramadhan ke berapa nak buat ni ek?

Siti Nurfariha berkata...

@hainom OKjebuat lah petang nih..heheh