Khamis, 27 Oktober 2011

. Resepi Kek Choclate Moist! Yuummy

Siti Nurfariha | 11:09 PTG | 2Comments |
okeh macam ieyha janjikan, ieyha kek buat yang tersayang dah siap ! esok boleh lah mr.ngok ngek rasa ekekekek lompat tinggi tinggi. kembang kempis lubang hidung ni kek menjadi lagi.

=,'=
topeng kek pun jadi walaupun bukan guna choclate masak, tau tak topeng dia ieyha buat guna apa?, ha! amik milo, amik horlicks jadi lah topeng yang bermacam macam campuran tapi jadi juga tau ! hurreeyy kembang hidung. nak resepi? amik lah, tapi make sure untuk percubaan ni korang jangan pulak ikut cara ieyha oter kek sesuka hati takut tak jadi nanti, lebih baik korang ikut sebijik sebulat cara ieyha, okeh !
hantu choclate! mestilah choclatenye banyak yyuummy

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair


Cara-cara nya:
*Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
*Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji, vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
*Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
*setelah kek masak,Sejukan kek
*Untuk moistnya pula satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka. 


Dah jadi bagi tau ye, SELAMAT MENCUBA !
>________<
eh#korang jangan lupa ya join contest MYBIRTHDAY
klik SINI. hadiah menarik wwwooo!