Khamis, 27 Oktober 2011

. Contest gadis berpurdah

Siti Nurfariha | 11:53 PTG | 0Comments |
setelah lama tak join contest akhirnya meringankan jari jemari untuk menyertai contes ini, insyallah mungkin kali ini rezeki ieyha
>___<
suatu ketika dulu aku pernah berniat untuk berpurdah, dan aku memang ingin berpurdah. bila belajar di kolej islam KUIS dan melihat persekitaran aku merasakan berpurdah ini satu trend untuk student yang belajar di IPT islam ! oh itu tidak adil bagi mereka yang jadikan purdah itu sebagi fashion !

lepas lepas aku berfikir aku tak layak untuk berpurdah, sebab bila berpurdah ni orang akan anggap kau PERFECT dan orang akan ingat kau manusia yang PALING BAIK, oleh itu aku hentikan niat untuk berpurdah sebab aku tau aku tak baik, dan aku tak nak orang menilai dan mempercayai aku baik, sesungguhnya aku amatlah jahat.

pada aku biarlah berpurdah itu wanita itu dalam keadaan hatinya memang baik, taat patuh segala perintaah allah dan biarlah dia wanita yang paling mulia di sisi allah kerana dia umpama wanita wanita pilihan. sehingga sekarang aku masih berniat ingin berpurdah, tapi biar lah aku dapat membentuk keperibadian aku dulu sehingga aku merasa aku di panggil olehNYA untuk menjadi wanita pilihan. 

sesungguhnya, bila aku terpandang wanita berpurdah, aku teruja dan aku rasakan solehahnya wanita yang berpurdah ni, sejuk hati den, kalau aku lelaki mesti aku akan terpikat dengan wanita berpurdah hehhehe. cukuplah semoga suatu hari nanti, aku menjadi salah seorang wanita solehah di sisinya, amin.
jadikan lah aku sebaik baik wanita
berpurdah itu bukan melambangkan kecantikan
Sekadar Berkongsi =,'=
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "
sorry cik yeen entry yang sangat panjang ekekek

Tiada ulasan: