Khamis, 13 Oktober 2011

. ayam masak paprik. mavelous!

Siti Nurfariha | 1:25 PTG | 2Comments |
Photobucket
Lulus dah boleh kahwin!

yeyeyye kita dah boleh kahwin =.= senyum sampai ke telinga. tadi kan tadi ieyha kena puji tau. mak cik semah sebelah rumah kita puji, yang kita masak sedap. eh. mau lah kembang kempis hidung nih, heheheh. untuk makan tengah hari ni, ieyha masak ayam paprik dan telur dadar telan air liur je lepas tuh makan dengan nasi putih, biasanya dekat kedai makan dengan nasi goreng kan?!.

hehhehe....hari ni ieyha nak share sikit hidup di dapur dengan you all.

Bahan-bahan
ayam (di potong dadu/kecik kecik)
bawang merah (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
bawang besar (hiris)
cili kering
lada api (untuk pedas)
sayur sawi
sayur kacang buncis
lobak merah
kobis bunga
serai ( di titik)
daun limau purut (di hiris)
kicap pekat
sos tiram
tomato puri
air

Cara-cara
masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili padi yang telah di tumbuk.
masukkan cili kering dan ayam yang telah di potong dadu,dan tunggu sehingga empuk.
masukkan sos tiram, kicap pekat dan tomato puri, dan masukkan sayur sayuran yang keras dulu seperti lobak, kacang buncis, kobis bunga.
jangan lupa masukkan daun limau purut, serai dan sedikit air 
akhir sekali baru masuk sayur sayuran yang lembut seperti sawi dan bawang besar yang telah di hiris
kacau sehingga masak dan MAKAN!

P/s: untuk sayur sayuran tuan puan boleh menggunakan sayur sayuran apa sahaja. begitu juga ayam, tuan puan boleh mengunakan daging.

tambahan : telur dadar!
=.=


hidangkan dan siap di makan

Selamat mencuba !
>__________<
eh#korang jangan lupa ya join contest MYBIRTHDAY
klik SINI. hadiah menarik wwwooo!
Photobucket

2 ulasan:

loolathelover berkata...

cutenya blog awak :)

laskar pelangi berkata...

kawen tu jemput lah ye..kih3