Selasa, 26 Ogos 2014

Doa Dipercepatkan Jodoh :-)

Siti Nurfariha | 11:09 PG | 0Comments |
Nak share satu doa untuk orang yang masih singel, sedang bercinta, orang yang nak kahwin, janda, duda dan pelabagai status yang berkenaan. 

Alaaa buat apa nak malu, semua orang nak kahwin? nak ada suami, nak ada anak, dan nak ada keluarga sendiri kan! siapa tak ada perasaan macam tu nampak na ada something wrong dekat jiwa dia. Orang nak kahwin ni jangan lah kita cakap dia gatal atau menggedik, sebab perasaan tu lumrah, nabi Muhammad pun ada perasaan macam tu. Kepala hotak orang melayu ni senget sikit nak kahwin pun dia cakap gatal atau menggedik. hurmmm *tumbuksikitmukadia*


Ni pun sumber dari mr.googel copy paste je dalam blog hihihi 
=.= 

Ayat dalam al-quran tu adalah ubat, penawar sebab al-quran tu merupakan mukjizat dan dalam al-quran telah tertulis semuanya termasuklah soal jodoh. Insyallah kalau kita sentiasa amalkannya ia akan berikan kebaikan buat kita semua. 

Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :

Maksudnya:
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). 

Tiada ulasan: