Selasa, 30 Oktober 2012

Spaghetti tomato, try cuba na :D

Siti Nurfariha | 7:11 PTG | 0Comments |
gambar * sumber ehsan abang googel bin chrome

Bahan-bahan ( 6 orang ) 

  • 1 paket spaghetti
  • 1/2 kilo daging
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 tin sedang tomato puri
  • sedikit sayur kobis(anggaran sendiri)
  • air,garam dan serbuk perasa
Bahan hiasan 
  • 1 biji timun
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara-cara 

  1. Bersihkan daging,hiris halus kemudian rebus hingga empuk
  2. lada kering,bawang merah,bawang kecil dan bawang putih dikisar halus
  3. tomato dipotong dadu,kobis dihiris halus
  4. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan kisar hingga naik minyak
  5. kemudian masukkan air,daging dan air rebusan daging tadi.biarkan mendidih.
  6. bila kuah mendidih,masukkan tomato puri,romato yang didadu,kobis.
  7. tambahkan garam dan serbuk perasa.
  8. biarkan kuah ini mendidih dengan agak pekat dan daging empuk.
  9. bila telah pekat boleh lah dimatikan api dan dihidangkan
  10. Klik untuk isi cara-cara di sini
  11. Untuk menghidang mee ini
  12. timun dibuang kulit,potong nipis keliling,dan dihiris halus bulat(spt dlm gambar)
  13. daun sup dihiris halus.
  14. Spaghetti direbus besama sedikit garam dan minyak masak.bila telah masak angkat dan toskan
  15. NOTA: mee ni memang menggunakan spaghetti,dan ikut seperti dalam gambar untuk menghidangkan nya.
selamat mencuba semua 

Tiada ulasan: