Jumaat, 19 September 2014

The Dusun, Tempat Menarik Di Negeri Sembilan!

Siti Nurfariha | 3:00 PTG | 0Comments |
The Dusun Berembun House, Negeri Sembilan
Masyallah bila tengok je gambar ni rasa nak honeybintang je, dah mula berangan-rangan hingga ke bintang gitu. Tak sangka kita dekat kampung den ado tompek tompek cengini, yang tonang, sejuk mata memandang. *kelip-kelip mata*

Den pojam colik pojam colik macam tak percayo jo, ghupe-ghupenya betul kek tompat den, banggo den tetibo ado tempat cantik macam kat obesea ni muehhe.

Layan gambar je lah, nak cite pon den tak ponah poie lagi kek sini, hehehe

Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden-tradisional memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi.

Guesthouse yang disediakan mempunyai pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang belum  pernah diterokai oleh manusia.

The dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan
Mengehadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi  'Menjaga' suasana hutan yang    sunyi dan tenang di samping juga
Memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi
Menikmati ketenangan alam semulajadi ini. Kerana tak semua Tetamu suka bising-bising.

JENIS KEDIAMAN DI THE DUSUN :-
Berembun House
Perling House
Tembusu House
Emas House
Sora House

KEMUDAHAN :
Infinity Pools
House Kitchens
Private Barbecues
Breakfast
Catering
Dining Patio
Events Garden
Parking
Housekeeping
the Dusun Negeri Sembilan

Khamis, 11 September 2014

Hoyeah! Dapat Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Siti Nurfariha | 1:32 PTG | 0Comments |
Seronoknya dapat kad siswa pelajar, walaupun study part time still dapat lagi kelebihan kelebihan yang budak full time punya, dapat baucer buku, dapat kad siswa dapat macam macam lagi yang kerajaan bagi untuk pelajar ni. #seronokberonokronok!

Hari tu lepas kelas kita pergi amik kad ni dekat blok pentadbiran upm,bila dapat kad ni tanya lah staff upm apa kegunaan kad ni, dia pun cakap lah kad ni boleh guna dekat tempat tempat tertentu je, contoh nya kfc, korang bagi kad ni dekat kfc akan dapat diskaun! diskaun tau bukan dapat ayam kfc free! 

So kita pun pergi web kad diskaun siswa ni untuk tau lebih info pasal kad ni, mana nak tau kot kot kad ni boleh keluarkan duit, sebulan masuk sejuta dalam akaun kita kan untung si empunya! mueehhehe. kalao korang tak tau apa kegunaan kad ni korang check out link dekat bawah ni okey
 :-)

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing. #termadansyarat!!!#

KEDAI BUKU
MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
Borders (hanya di KL)
Rona
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
PAKAIAN
Bata
Ifamily
Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino
Kesihatan
Poliklinik An-Nisa’
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry
MAKANAN DAN MINUMAN
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend’s Claypot Briyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Product
Gloria Jean’s Coffees
Bangi Kopitiam
PENGINAPAN
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel Sdn. Bhd.
LAIN-LAIN
Bkz Bikerz
Roller Star Arena
Double Site

Dengan adanya kad siswa ni korang dapat banyak kelebihan untuk membeli! tetapi bergantung pada terma dan syarat juga. untuk maklumat lanjut layari  

http://www.1pengguna.com/kads1m/index.php?pg=main/home

Jumaat, 5 September 2014

Nama Anak Awal & Scha - Lara Alana Ahmad Awaluddin

Siti Nurfariha | 12:21 PTG | 1Comments |
Dulu wajahnya menjadi rahsia!. 
Masa scha dah lahirkan baby bengang je kita tengok awal dan scha ni dok rahsiakan muka anak depa, hari hari usha instagram awal dan scha kot kot depa dah publish gambar anak depa kan! Tapi nak buat macam mana itu kemahuan dorang nak privacy kan. Jadi artis ni semua nak kena hot hot dan privacy gitu! 
:D
#39 Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Dedah Wajah & Nama Anak - ROTIKAYA
Akhirnya Scha Alyahya telah pun berkongsikan foto anaknya bersama Awal Ashaari sebentar tadi..Nama anak mereka ialah Lara Alana Ahmad Awaluddin. Comel lah! macam muka kita kan? *tetiba*. Tapi serius comel anak awak dan scha ni, putih melepak, muka macam awal, mulut tu macam scha kan kan?

Emmmmm nak juga tau apa maksud nama anak dorng ni eh?

Selasa, 2 September 2014

Amir First Day @ Pejabat Zakat Pulau Pinang

Siti Nurfariha | 9:40 PG | 0Comments |
Alhamdulilah,
Alhamdulilah,
Alhamdulilah, interview dan ujian bertulis untuk jawatan kosong di pejabat zakat pulau pinang amir lulus! Dan Berjaya! Yeaaaa

:')

Rezeki dia jadi dia dapatlah kerja dengan zakat pulau pinang tinggal kita sensorang dekat Selangor ni :D. Harini amir lapor diri dan hari pertama dia kerja. Moga dipermudahkan segala-galanya dan sentiasa mendapat berkat dariNYA. Insyallah


*Before tu korang kena baca entry ni dulu : Amir Interview Zakat Pulau Pinang* Baru faham entry ni muehehe =.=


Memaparkan 1409622931510.jpg
#Selfiefirstdaywork
#SiTua

Note : Next to other plan, moga allah mudahkan urusan kami dan kita semua. Insyallah

1 Hari Lagi ! Halal Fiesta 2014 (3-7 September 2014)

Siti Nurfariha | 9:27 PG | 2Comments |

"Setiap Muslim diwajibkan memakan makanan yang Halal dan menggunakan produk-produk Halal kerana mereka bukan sekadar makan dan menggunakan barangan untuk keseronokan tetapi menjalankan kewajipan, tanggungjawab dan misi dalam dunia ini."

EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA khusus untuk pengusaha produk halal tempatan!

HALFEST 2014!!! pasti semua orang dah tahu tentang fiesta halal ni kan?! Setiap tahun memang halfest akan di anjurkan. Ada banyak produk makanan halal yang terkenal di Malaysia ni tau. Juga ada pelbagai program dan acara menarik menanti anda, jadi jangan ketinggalan untuk temui #selebriti kegemaran anda, untuk belajar agama bersama #UstazDon, ataupun untuk belajar memasak di Wokshop#ChefWan!

Untuk maklumat lanjut boleh layari website Halfest 2014 : http://www.halfest.com.my/

Klik untuk tengok tentatif Halfest 2014  : http://www.halfest.com.my/wp-content/uploads/2014/08/ProgramHalfest2014.pdf
HALFEST – sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri Halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran Halal di peringkat negara.

HALFEST – platform Halal paling efektif buat pengusaha produk dan perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan.

HALFEST – memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan Halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.
Jom kita ke HALFEST 2014 !!!

Alamat : Malaysia's largest Halal consumer expo, HALFEST. 3 - 7 September 2014 , MINES Exhibition Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor

Googel Maps :Just Klik