Isnin, 7 November 2011

. Resepi Kek Batik Terbaiiik!

Siti Nurfariha | 8:47 PTG | 0Comments |
hai you all! lama dah tak share resepi dengan korang kan, actually petang tadi adik ieyha minta ieyha buatkan kek batik, so petang tadi ieya buat lah kek batik lepas tuh buat jemput jemput @ cikodok untuk minum petang pulak, rajin kan ieyha?
>________>
nggeeee

siapa siapa yang nak cuba kek batik ni boleh lah tiru resepi ieyha nih
Bahan-Bahan:
2 paket biskut marie (patah-patahkan)
1 cawan milo
1 cawan koko
1 ¾ cawan gula
1 buku butter
5 biji telur
½ cawan air
Cara - caranya:
patah-tahkan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

masukkan milo, koko, gula, butter, 5 biji telur dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. kacau hingga sebati. kemudian, didihkan di atas api. lebih baik jika dididihkan dengan cara double boiling supaya coklat tidak cepat hangit.

setelah mendidih, tuang coklat ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie. gaul coklat dan biskut marie hingga rata.

akhir sekali, masukkan biskut yg digaul rata bersama coklat ke dalam loyang. hempap2kan biskut itu sehingga mampat didalam loyang.

setelah mampat, biarkan kek sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam. akhir sekali, kek batik boleh lah dipotong dan di hidang.

Tiada ulasan: