Isnin, 24 Oktober 2011

. Tutorial - Tingkatkan page view

Siti Nurfariha | 1:06 PG | 2Comments |
kalau korang nak tau Page View adalah jumlah halaman atau page dalam blog yang dibuka oleh pengunjung. Semakin tinggi page view maknanya semakin banyak page blog tu dibuka oleh pengunjung blog. Ada beberapa cara untuk kita tingkatkan page view dan ieyha nak share beberapa tips atau cara untuk kita sama2 tingkatkanpage view.

1. Letak Related Post
Post2 yang terpilih ialah post-post yang sama labels so bila kita letak related post ni secara tak langsung page view kita akan tinggi. Contohnya kalau visitor blog buka entri tentang tutorial, di related post akan disenaraikan entri2 lain yang berkaitan dengan entri dibaca tadi. Visitor blog tak perlu susah payah untuk cari entri lain yang berkaitan.

2. Letak Linkwithin
Linkwithin lebih kurang sama dengan related post cuma post yang dipaparkan adalah secara random yang relate dengan post tetapi masih boleh meningkatkan page view sebab gambar yang terpapar akan menarik minat visitor blog untuk klik dan baca entri tersebut. 

3. Gunakan Read More dalam entri dalam blog
Adalah digalakkan untuk pasang read more dalam blog supaya dapat melajukan page blog kita dan secara tak langsung meningkatkan page view. Di samping itu dengan memasang read more akan membuatkan visitor blog yang datang akan klik pada entri yang kita tulis tu untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan enti. Kalau entri korang tu menarik mesti visitor akan klik.

4. Tidak letakkan terlalu banyak enttri dalam main page blog
Seboleh2nya, elakkan letak terlalu banyak entri dalam main page blog sebab akan melambatkan / memberatkan blog. Bila blog kita lambat dan berat, visitor mesti akan tinggalkan blog kita dan secara tak langsung mengurangkan page view. Kalau boleh just letak dalam 1 ke 2 entri sahaja di main page blog dan akan menyebabkan visitor klik pada entri yang lama untuk membaca entri yang lain. Jangan letak terlalu banyak.

5. Letak Popular Post
Popular post juga dapat menarik minat visitor blog untuk klik pada mana-mana popular post dalam blog. Biasanya popular post diletakkan di side bar blog.

6. Letak link entri yang lama dalam entri
Biasakan dengan meletakkan link bagi entri lama ke dalam entri yang baru kita tulis. Contohnya korang buat satu entri tentang SEO, so cuba kaitkan entri tersebut dengan entri lama yang pernah korang tulis sebelum ini dengan meletakkan link tersebut. Secara tidak langsung, visitor akan klik pada link tersebut untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungan link tersebut.

Okaylah.....setakat ni je ieyha nak share. kalau korang ada tips tips sila lah share.



sharing is caring kan!
>_________<

2 ulasan: