Selasa, 22 Disember 2015

Enggagment Day - Outfit Fariha & Amir (Theme Coral Peach)

Siti Nurfariha | 1:02 PTG | 0Comments |
Maaf kan i sebab bertahun-tahun tak update blog, cakap ni blog kesayangan tapi telah di anak tirikan kehkehkeh.

Dulu punya dulu kita ada cakap nak review satu-satu  pasal majlis pertunangan kita kan!,so entry hari ni pasal  Outfit Fariha & Amir.

Mana tau boleh bagi inspirasi pada korang yang bakal bertunang kan?.  Hari ni nak review pasal baju tunang. Tema baju kita dan amir coral peach, memang kita suka gila coral peach plus colour ni sesuai dengan kami berdua. Ops! masa tunang haritu kita tak pakai veil, rasa macam membazir je kalau beli veil, nak guna kejap dan sekali je, lebih baik make it simple and nice.

Untuk majlis bertunang ni, di nasihatkan buat yang seringkas yang boleh, sebab yang utama masa nikah. Duit lagi banyak nak guna masa nikah so, save your money. (kalau anak orang kaya, pama seponser  tak apalah nak grand lebih dari che ta pon).

Baju beli dah siap dekat Butik Dalila. Baju ni kosong dan kita tambah lace and beads sendiri. 

Baju amir beli dekat Alor Setar, tak ingat nama butik, kebetulan masa jalan-jalan dekat Alor Setar ternampak baju tu terus beli! Sebab susah nak cari baju lelaki colour coral peach. Untuk baju amir memang dia decide nak pakai baju raihan, *nasib baik ada*
 Baju amir ni beli dekat butik di Alor Setar
;-)
Baju kita beli dekat butik dalila 
#bajutaknampakbeads
#jahitsendiriyouolls
Nak jahit beads baju ni senang je, tapi perlukan tahap kesabaran yang tinggi hikhik. Nak senang beads tampal dulu guna gam uhu dekat lace or baju, ataupun beli gam beads ada jual dekat kedai tapi mahal sikit. Yang lace tu kita suruh mak jahitkan. Kalau hantar kedai untuk beading mahal oii, angaran rm100 ke atas untuk yang simple kalau korang survey dapat harga murah untuk beading bagus la. Kita punya survey semua rm 100 ke atas untuk beading tu pun beading simple dan tak lawa lastly lebih baik jahit sendiri tak lawa pun taka pa, sebab bila jahit sendiri ni comferm-comferm jadi lawa punya baju tu sebab ada aura air tangan sendiri kehkehkeh.
Beads beli satu colour, dan 3 saiz berbeza (besar, sederhana, kecik). kalau korang tak tau nak matching dengan colour apa minta lah advise dari kedai beads atau dari kawan-kawan
 
  
lace dan beads dekat tepi lengan, saja nak tambah-tambah bagi baju naik seri, eh? hahaha

Kita memang tak pandai sangat jahit, tapi bila cuba jahit beads ni sendiri rasa kepuasan walaupuan tak kemas bahagian dalam. Nak save bajet punya pasal apa salahnya try D.I.Y kan?.

Okey, sampai sini je enty kita. wasalam
 >.<
 

Tiada ulasan: