Selasa, 22 Disember 2015

Enggagment Day - Diy Photobooth

Siti Nurfariha | 2:45 PTG | 1Comments |
Photo booth set-up with PVC (Can this be made ahead and come apart for easy transport?) PVC Pipe Frame:  
D.I.Y PHOTOBOOTH PVC
 


Unutk majlis tunang memang tak nak ada pelamin, nak buat basic je, duduk dalam bilik tunggu bakal mak mertua datang untuk sarung cincin macam orang dulu-dulu.

Nak Nampak lagi meriah dan sweet kita buat photooboth sendiri semua diy! Kalau nak buat diy ni korang kena banyak research la, macam-macam idea boleh dapat bila research, semuanya di hujung jari kan!

Alatan untuk buat photobooth

Pvc Pipe 5 Kaki = 2 Batan
Pvc Pipe 3 Kaki = 4 Bata
Pvc Pipe 16 Inch = 4 Batang
T Joint = 4 Pcs
L Joint = 2 Pcs
Caps = 4 Pcs

Harga pvc murah je kos tak sampai RM 25 pon, masa beli mintak kedai potong siap-siap saiz yang kita nak. Balik rumah terus pasang siap. then, baru beli kain aneka warna, beli murah je semeter rm1.50  beli 2 meter untuk setiap warna,kita beli warna biru, pink, kuning.Kain beli dekat Nagoya, cari la kain paling murah mesti ada dekat Nagoya tu, jangan guna kain semester rm10! Membazir tu oiii

Kain ni potong la sebesar pembaris, ikat dekat pvc kain yang telah di gunting
 
Bahagian atas tu korang ikat macam biasa je.
Tadaaaa! cantikkan?
=.= 
Bahan-bahan props (sorry tak ada step untuk props)
Kertas manila kad
Lidi
Gam
Props yang dah di print colour

Kalau beli on9 props ni mau rm100 habis, padahal senang gila buat props ni tau tak. Walaupuan korang banyak duit tapi cuba la untuk saving, selagi boleh buat sendiri apa salahnya buat kan?

Untuk props boleh ambil dekat bawah ni
Props download 1
Props download 2


 Adanya photobooth ni menyerikan majlis anda 
:)