Rabu, 10 Jun 2015

My Enggagment Day [31.05.2015]

Siti Nurfariha | 8:09 PTG | 3Comments |
#FarihAmir

Syukur Alhamdulilah, 31 mei 2015 selamat menjadi tunangan orang, insyallah tahun depan akan menjadi suami isteri. Sesuatu yang di luar jangkaan sebenarnya untuk bertunang tahun ni, kalau ikutkan perancangan sepatutnya tahun depan baru nak bertunang dan kahwin. Tapi perancangan allah lebih hebat dan dia juga maha mengetahui segala-galanya. Allah percepatkan urusan kami berdua, Alhamdulilah.

Bercerita tentang majlis pertunangan pula, kita buat majlis simpel je untuk saudara mara terdekat sahaja, tak ada mini pelamin, tak ada amik tukang makeup, tak ada videographer, tak ada nak hias-hias bilik bagai pun just simpel majlis pertunangan,serius simpel! cuma amik photographer je, tu pun amir yang beria sangat suruh, walhal masa final decision tak nak amik photog sebab kita dah ada DSLR dan kazen pun boleh amikan gambar, tapi semuanya di luar jangkaan huahaha, emmmmm baju pun biasa-biasa sahaja. Kita memang dah plan untuk tunang tak nak ikut gaya orang sekarang yang bertunang macam gaya nak kawin. Simpel-simpel pun majlis boleh jadi meriah apa kan, kan?!.

Majlis bertunang kita hari ahad, 11.30 pagi, dua hari sebelumnya memang kita tak lalu nak makan dan tidur duk fikir pasal persiapan, semuanya jadi tak tentu arah, tak tau nak buat mana satu dan yang paling best tak tau nak hias hantaran, bilik segala macam tu macam mana idea semua hilang tetiba je, stress! hantaran sampai 2-3 kali ubah buat baru tapi tetap tak puas hati. Belum nak kahwin lagi dah stress macam ni, huwaaaaa. Sebelum majlis tu juga la makin nasi ciput gila, tapi pelik perut tak berkeroncong pulak ;-P hate this feeling okey.

Malam sebelum majlis sempat lagi try and error makeup,nasib baik ada cousin yang pandai makeup-makeup ni so guna servis dia je la, huhhu. Dua tiga kali juga la try and error, sebab kita jenis tak suka makeup dapat pulak bakal yang di makeupkan banyak songeh kita lah tu haha. Finally tak sabar pulak nak tengok diri sendiri di makeupkan dan pakai cecantik macam princes hahaha annoying gila. 

Masa bertunang ni terasa banyak juga duit habis, lagi-lagi kita keluarkan duit untuk beli set perabut katil, tilam, almari dll belum campur baju, bunga-bunga dan segala macam bagai, macam air je duit keluar huhuhu. Untuk hantaran, baju, bunga-bunga dan segala bendalah tu kita beli sendiri. Mak ayah kita support untuk makanan kenduri, mekasih mak ayah =.= 

Persiapan untuk majlis bertunang semuanya DIY, Kalau rajin kita review satu persatu dari baju, tudung, makeup, hantaran dan lain-lain Kalau rajin la tau

:D

So kita share beberapa gambar dulu untuk korang tengok!.
 
 
 Terima kasih sebab sudi baca sampai habis, hikhikhik :-)

3 ulasan:

Mrs Farish berkata...

Alhamdulillah. Tahniah dan selamat menjalani liku2 hidup sbgai tunangan orang. :)

siti nurfariha berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
siti nurfariha berkata...

terima kasih sis @Mrs Farish