Rabu, 27 Mei 2015

Masalah Blackhead, stress betul!

Siti Nurfariha | 6:06 PTG | 0Comments |
Hoi!

Lamanya tak menaip-naip dekat blog buchuk-buchuk ni *jelir lidah*. Amboi busy benar tuan empunya blog ni ya kehkeh. Actually banyak gila benda nak taip dekat blog ni cuma tak tertaip je + perasaan malas + idea hilang tetiba bila nak menaip


:D


Lagi 5 hari nak majlis pertunangan kita, semua jadi kelam kabut plus stress dengan blackhead yang ketara sekarang ni, asal muka jerawat sikit pun kita dah stress apatah lagi blackhead yang menapak sekarang ni. Nak pergi spa untuk rawatan muka pun tak sempat, tak ada masa langsung sekarang sebab habis kerja kadang-kadang malam bila dah lewat balik kerja malas oii aku nak pergi spa ke apa.


Masa tengah officemate semua tak ada dekat office ni marilah menambah ilmu dengan mengoogel punca blackhead dan cara untuk mengatasinya*tulisdekatwhiteboard*


Image result for punca blackhead
Blackhead ni lebih kurang macam ni la, permukaan hidung jadi kasar dan bila usik rasa euuuuuuw

Apa itu Blackheads?
Blackheads atau komedo adalah bintik hitam atau kekuningan yang muncul di sekitar hidung, telinga, dagu bahkan punggung.Blackheads terdiri dari keratin (sel kulit) dan sebum yang dihasilkan oleh kelenjar minyak. Biasanya blackheads tak ketara kelihatan di kulit wajah. Pandang dekat-dekat baru nampak. Walaupun dah dibersihkan, blackheads akan muncul kembali dalam masa satu hingga dua minggu.
Kesetiaan blackheads untuk muncul dan muncul lagi di muka menyebabkan kita ada hubungan cinta-benci (love-hate relationship) dengan blackheads ini.
Kenapa blackheads ni degil nak mampus? errrr! Kulit kita terdiri dari ratusan pori-pori kecil. Blackheads muncul di pori-pori yang tersumbat. Ketika sebum, sel kulit mati, dan bakteria wujud di permukaan kulit, pigmennya akan berubah warna kerana teroksida. Tadaa! Maka blackheads pun terhasil.

Masa kita muda-muda dulu jaga gila muka sampai jadi cengini, mana taknya bila blackhead keluar dok kopek blackhead sampai berdarah, arggh sadisnya :'(. Sepatutnya tak boleh diusik pakai kuku benda tu lagi bertambah teruk adalah. Tapi nak buat macam mana dulu obses tengok orang cantik diri sendiri pun nak cantik *kejelitaan hak milik sentiap insan* hastag #nangistepibucukatil. Baru sekarang kita sedar yang kulit muka ni sensetif gila lebih sensetif dari hati perempuan wakakak. 

Lepastu masa sekolah rendah dulu selalu amik masker mak sental dekat muka kuat-kuat lagi-lagi dekat hidung sebab dulu kulit cepat berminya. Hamik kau sekarang baru dia bagi effect dekat muka habis semua atuk nenekblackhead
keluar. Untuk adik-adik semua please kalau guna skrub jangan sental kuat-kuat kena slow emotion je. *belajar dari pengalaman*

So sekarang ni mari kita cari penyelesaian bersama untuk hilangkan blackhead yang menyusahkan hidup kekekke =.=

Tapi kan
.
.
.
Kita dah jumpa penyelesaian pada maslaah blackhead ni muahah! next entry kita cerita okey

:-)

Tiada ulasan: