Sabtu, 7 Februari 2015

Review Makanan sedap - Di Nash Donut & Bakery

Siti Nurfariha | 12:18 PTG | 0Comments |
Hello semua.

Hari ni korang kerja tak?

kalau hari sabtu kita comferm kena kerja, tak best betullah company yang kena kerja weekend.
:'(

Semalam officemate ajak makan dekat Nash Donut & Bakery, katanya nak belanja kita makan jadi haruslah kita follow je mana dia nak makan muahaha. First time makan dekat sini, seriusly penuh gila orang dekat sini. Nash Donut & Bakery ni ala-ala secret receipi. Daripada donut, kek, roti, minuman ,masakan panas pun ada tau. So senang la dalam satu kedai semua kita boleh dapatkan, makanan dekat sini pun semuanya best dan berpatutan! recommanded la. 

Memaparkan Screenshot_2015-02-07-11-26-52.png



Masa oder tak tau nak makan apa sebab banyak pilihan makanan yang menyelerakan so kita oder nasi paprik dan ice blanded mocha!. Dekat sini makanan dan minuman dia banyak, pinggan besar cawan pun besar harga pun murah kalau nak bandingkan dengan secret receipi sini lagi berbaloi

Nasi paprik dan ice blanded mocha dia sedap! puas hati perut kita dapat melantak makanan free muahahah

Donut dia sama macam dekat big apple atau dunkin donut, lembut, banyak gila pilihan lebih dari 20 jenis donut dan sedap!

Dekat penang ni susah nak jumpa big apple atau dunkin donut tau, so orang yang merantau seperti kita ni haruslah melonjak lonjak bila dapat makan donut yang seakan-akan big apple@dunkin donut, dasar kuat makan.

Kalau korang datang bandar perda atau bekerja dekat area bandar perda boleh lah try singgah makan dekat sini. Insyallah sangat berbaloi dan puas hati. jangan risau tempat dia pun selesa. Okeylah tu je kita nak kongsi hari ni. 

ALAMAT : 
Nash Donut & Bakery Jalan Perda Selatan, 
Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
WAKTU OPERASI: 
Dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 12 malam.

TOLL FREE : 1800 88 2434

Tiada ulasan: