Sabtu, 31 Januari 2015

Review Makanan sedap - FRADOO ABC Shah Alam! Terbaik

Siti Nurfariha | 11:21 PG | 0Comments |

FRADOO ABC, Seksyen 2, Shah Alam Terbaik!

Assalamualaikum
Entry pasal FRADOO ABC 
=.+
Apa khabar? Alhamdulilah, harap semuanya sihat. Allah, terasa nikmat gila bila dapat makan FRADOO ABC ni. nak pulak ada aiskrim coklat. Fuhhh, nyaman gila anak tekak ni tau :’). Setiap kali datang shah alam mesti akan cuba untuk singgah makan FRADOO ABC ni. ngeee hantu makan betul kita ni kan?!

FRADOO ABC ni special dia sebab ada aiskrim coklat, waffle coklat, coklat, aisnya halus, kacang, anggur, kacang merah, cincau, cendol, nata de coco, biji selasih, jagung & air gula merah + hijau. memang cukup pakej lengkap untuk happykan perut dan anak tekak .Harga hanya RM3.00 untuk ABC Special. Sangat berbaloi dengan hidangan ABC dia yang full satu mangkuk tu, tak lokek tokey dia!

Untuk aiskrim tu dorang guna aiskrim Nestle. coklat tu pulak dorang masak sendiri, dorang tak guna coklat yang dalam botol merah tu. Itu la kelebihan dan kelainan FRADOO ABC ni! korang yang tek pernah cuba lagi, cepat la pergi terjah FRADOO ABC dekak shah alam je pun!

FRADOO ABC boleh makan dekat situ atau bungkus. Kedua-duanya diletakkan dalam bekas tupperware macam tu.

FRADOO ABC dekat kawasan food court, cari la nama kedai ni ya!
FRADOO ABC ni. terletak di Medan Selera, bersebelahan KFC, Seksyen 2, Shah Alam. 

Actually dah lama kita makan dekat sini, cuma baru nak update! so harga mungkin berbeza masa kita makan dengan harga sekarang.

Tiada ulasan: