Jumaat, 5 September 2014

Review Makanan Sedap - Asam Pedas Komander

Siti Nurfariha | 12:10 PTG | 0Comments |
Semalam client office nak makan asam pedas komander, so bos tanya tau tak dekat mana asam pedas komander tu? harus lah kita tau dekat mana tempat dia sebab selalu makan dekat area area situ cuma tak pernah try lagi lah makan dekat asam pedas komander tu sebab terlalu ramai orang. So semalam kita bawalah client office pergi makan dekat asam pedas komander ni. 

Dekat mana lokasi asam pedas komander ?
Di Taman Dagang, betul-betul di sebelah Surau Dagang Avenue, Taman Dagang Fasa 4. Landmark berdekatan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya tu. kawasan situ banyak parking, kalau tak ada parking sangat pun boleh parking dekat tapak masjid, jalan kaki sikit je nak ke kedai tu muehehe .
Commando Kiosk hanya menyediakan Asam Pedas Stail Melaka sahaja!
Asam boi! #sedaphinggakebukulali
Asam pedas ikan pari #febretkita
Telur asin, ulam ulaman dan sayur kobis memang termasuk dalam set

Makanan dekat sini hanya jual asam pedas je tau, Kalau korang nak makan gulai ayam, kari ikan ke memang tak ada, boleh pergi kedai sebelah ya sebab dekat kedai asam pedas komander ni ada juga kedai makan yang lain. Kalau waktu kemuncak tengahari mesti ramai manusia berkerumun dekat kedai ni!
Dekat kedai ni nasi akan dihidang secara set so kita boleh pilih apa saja jenis ikan samada ikan merah, pari , kembung, parang dan sebagai nya asam pedas daging pun ada!!!dan laum sampingan ayam goreng dadar telur dadar. 
Set asam pedas itu berharga sekitar RM8 keatas bergantung kepada jenis ikan dan dihidang bersama telur asin, ulaman dan sambal serta belacan atau cencalok

Asam pedas ikan pari RM 8 hengget Telur Dadar RM 2 hengget Air Asam Jawa RM 2 hengget, di hidangkan sekali dengan sayur kobis, telur asin dan ulam ulaman. Murah kan? 

Alamat Asam Pedas Melaka Komando :
No. 5, Medan Selera, Taman Dagang Avenue, 
Ampang, Selangor atau hubungi 017-371 9943

Tiada ulasan: