Selasa, 9 September 2014

Review Makanan sedap - Restoran D'Limau Nipis

Siti Nurfariha | 8:48 PG | 0Comments |

Febret AIR D'LIMAU NIPIS
=.=
My favourite restorant! kenapa  favourite? sebab kita suka gila minum air d'limau nipis dia, rasa masam manis dan penuh berkrim! kalau korang tak pernah try lagi minum air d'limau nipis ni memang recomended sangat sangat! kalau kita datang sini mesti oder air d'limau nipis. *sedapgila*

Dekat sini memang banyak pilihan makanan.Pelbagai jenis masakan dan pelbagai jenis lauk ada dekat sini sama ada dari utara ke selatan, dari timur ke barat, semuanya ada. Dari sarapan hinggalah ke makan malam Ikan bakar, sotong bakar ke semua ada! korang oder je nak makan apa!

Kalau nak makan lepak lepak, tak nak makan berat berat korang oder lah tauhu bakar dan otak-otak atau kuih muih. Paling penting kalau singgah sini tolonglah oder air D'LIMAU NIPIS !!! Kalau tak rasa umpama korang tak pergi sini tau. wakakk!


Suasana: Agak padat lagi lagi waktu lunch hour, ruang makan pun macam padat sikit.
Harga: Tengah tengah. Tak mahal sangat tak murah sangat 
kemudahan: Wifi di sediakan/toilet pun ado
servis:Okey! tak lambat dan tak cepat sangat muehhe
Sebelum balik mesti tapau dulu air D'liamu Nipis ni
#wajibtapau#

 No201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
012-373 2160 / 013-235 0003
(berhadapan Kompleks PKNS & McD)
Waktu Operasi : 7.00pg - 6.00ptg

Tiada ulasan: